Wednesday, February 23, 2011
Konsep Zuhud Yang Sebenar
Tidak salah mempunyai rumah yang besar, kereta yang mahal serta berkualiti serta harta yang melimpah ruah. Itu adalah yang terbaik apabila umat Islam mempunyai kuasa beli yang kuat untuk berbuat sesuatu. Bagaimanakah anda boleh membantu dan bersedekah sekiranya anda sendiri perlu dibantu dari segi ekonomi?
Tahukah anda Rasulullah menggunakan kuda perang yang terbaik dari baka Arab. Kalau kita bandingkan kuda itu dengan kenderaan sekarang ia seperti tahap kereta Ferrari dan Bentley. Malah Rasulullah mengarahkan supaya baka tersebut dikawal supaya ia tidak keluar dari tanah arab. Ia adalah supaya teknologi baka itu dikuasai oleh orang Islam.
Definisi Mencari Kekayaan Dalam Islam Dan Memanfaatkannya
Masalahnya sekarang ia definisi dan persepsi tentang kekayaan. Apabila hari ini anda jelas mengenai zuhud, maka anda faham bahawa mencari kekayaan itu perlu tetapi tunduk kepada kekayaan itu adalah salah. Tunduk kepada kekayaan disini bermaksud, manusia sanggup mengabaikan perintah Allah demi kekayaan. Manusia menjadi ujub dan takbur dengan kekayaan. Disinilah konsep zuhud dalam kekayaan itu telah hilang.
Kerana itulah juga agama dianggap sesuatu yang murah. Menghantar anak mengaji Al-Quran dengan RM40 masih dikatakan orang mahal tetapi kelas tuisyen dengan RM40 satu subjek dikatakan keperluan. Bukankah islam telah menerangkan tentang wasatiah iaitu keseimbangan ilmu dunia dan akhirat untuk kesejahteraan hidup? Jadi mengapa ada 'double standard' di situ?
Adakah Ilmu Agama Itu 2nd Class?
Ilmu agama tidak banyak membantu dalam kerjaya dan kehidupan? Anda silap. Ini adalah kerana anda tidak banyak mengkaji betapa ilmu spiritual begitu banyak membantu organisasi dan kehidupan manusia. Mengapa diseluruh dunia, organisasi menghabiskan berbilion dolar untuk program latihan berbentuk spiritual seperti pembangunan diri, pembangunan kerja kumpulan dan kepimpinan? Tahukah anda itu adalah cabang spiritual yang asalnya diambil dari ilmu keagamaan?
Jika kita merujuk teori Sigmund Freud tentang minda sedar dan separa sedar, ia adalah perkara berkaitan psikologi. Di dalam surah Al-Baqarah, Allah telah berfirman untuk kita mempercayai perkara ghaib. Ghaib disini bermaksud spiritual yakni agama. Begitu juga di dalam Al-Quran ada menyebut tentang peranan hati yang mana rosak atau baiknya hati ini, akan menentukan kejayaan seseorang. Jose Silva, salah seorang yang berpengaruh yang mana teori pembangunan mindanya begitu menekankan aspek spiritual dan diperkayakan oleh syarikat latihan seluruh dunia membangunkan modul. Kerana itu mereka yang terlalu ultra menggunakan konsep logik gagal memperoleh satu keputusan yang terbaik apabila mengabaikan perkara spiritual.
Kefahaman Zuhud Yang Sebenar Serta Hikmah Kepada Ummah
Apakah kaitan spiritual dan zuhud dalam perbincangan kita ini? Ianya sangat berkait rapat. Mengapa ramai yang berzuhud agak kurang membuat harta? Kerana mereka takut tidak dapat mengawal harta sebaliknya harta mengawal mereka. Mereka takutkan kerosakan yang boleh membawa mereka kepada kesesatan.Itulah jua maksud zuhud yang sebenar iaitu mengelak atau meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya walaupun mampu untuk memperolehnya.
Kerana itulah, seorang manusia harus membekalkan diri dengan bekalan spiritual yang cukup bagi menemui kejayaan kehidupan. Kita terlalu digula-gulakan tentang kejayaan berdasarkan nombor dan wang ringgit tetapi akhirnya masih ada kegagalan. Kerana itu ramai hartawan dunia dilaporkan mati dibunuh dan membunuh diri. Mereka tidak mampu untuk mengelak dan meninggalkankan dunia tetapi akhirnya mereka meninggalkan jua semua itu dalam keadan yang menyedihkan. Bagaimana seseorang yang tidak membekalkan diri dengan kemampuan mengawal boleh mengawal sesuatu?
Fahamilah konsep zuhud dengan sebenar, maka insyallah kita akan menjadi insan yang amat berguna untuk diri sendiri, orang disekeliling serta masyarakat. Sudah tentulah juga kita mampu menjadi orang yang berguna dan mampu berbakti kepada agama seperti Abu Bakar As-Siddiq serta Abdur Rahman Auf yang mampu menginfaqkan harta mereka.
Tuesday, February 15, 2011
sepi + sepi + sepi = go!
salam w.r.t...
sedey gak tgok blog aku ni..da lame sgt xberedit..sori la bro, kekangan masa y mengekang (ye ke! lagi2 alasan!)..2la..blog ni da makin parah n serius habaq mai..duk tajuk y sama lagi..
ade gak shbt aku tegur, nape blog 2 xder y baru weh, ko ni...hangat2 tahi ayam tulla..b4 dis katanya nak menulis..cubalah tunjuk bakat 2..
aku pikir balik, ada ker bakat 2..confuse pun ada gak..kuikuikui..xpe22, eden cubo laie..kot2 ada idea y datang mencurah2 ke ladang gandum, jadila coco crunch...haishh (",)
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL aku titipkan buat muslimin dan muslimat walau di mana kalian berada..bersama2 kita menghayati dan memperingati perjuangan nabi kita dalam menegakkan ISLAM sehingga mencapai kegemilangannya suatu ketika dulu..
sebagai khalifah di muka bumi ALLAH S.W.T, menjadi tanggungjawab kita untuk menyambung perjuangan baginda dalam menegakkan daulah islamiah dan meletakkan diri kita dalam mata rantai perjuangan..kembalilah kita kepada sejarah perjuangan baginda dan jadilah sejarah tersebut sebagai pembakar semangat dalam mengharungi cabaran dan ujian dalam era dunia yang penuh dengan godaan dan fitnah..masya ALLAH...
dalam 40 hadith akhir zaman, baginda berpesan kepada umatnya, di mana taqwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman....
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)
inti pati hadis tersebut boleh kita hayati dan fahami seterusnya jadikan panduana dan bekalan dalam kehidupan di dunia yang penuh mencabar hari ini, setiap saat, setiap ketika ada sahaja masalah2 sosial berlaku dalam masyarakat, bahkan semakin meningkat dari sehari ke sehari..astaghfirullahal'azim..ape berlaku dengan manusia zaman sekarang ni ? mengapa tidak jadikan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH sebagai panduan hidup?? mengapa AGAMA ISLAM diperlekehkan ?? YA ALLAH, kembalikanlah mereka ke jalan kebenaran, teguhkanlah iman kami, jauhkanlah kami dari fitnah dunia...AMEN YA RABBAL 'ALAMIN
wassalam....
Saturday, September 4, 2010
KePaDaMu ILLaHi
Merenung jauh ke dalam diri ini..
Apakah yang daku cari selama ini?
Seringkali aku hilang haluan diri..
Tatkala mendapat kurniaan ilahi..
Tidak bisa indah untuk aku hargai..
Bila tak dapat apa yang ku hajati..
Ku rasa sebagai satu ketidakadilan..
Ya Ilahi
Tika ini aku mengerti..
Syukur dan rahmatmu di dalam diriku..
Betapa dikau menyangiku..
Memberi rezeki walauku ingkar segala larangan Mu
Tuhanku..
Aku tunduk merendahkan diri kepada MU..
Pada kuasa dah limpah kasih sayangMu..
Kerna dulu tidakku fahami ..
Erti hidup dan tugasku disini..
Ke pada Mu jua
Ku pohonkan keampunan
Lantaran sikap ku yang keterlanjuran..
Doronglah daku ke jalan kebaikan..
Bebaskan daku dari sifat kemunafikan..
Kini..
Kucuba perbaiki diri..
Ku ingin menikmati kemanisan hidup..
Bersama rahmatMu disisi..
Daku tunduk berserah kepadamu ya Ilahi..
Friday, September 3, 2010
10 AmALaN YanG tERbALik
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik :-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Tuesday, August 17, 2010
sayang mak***

kasih dan sayang seorang ibu dan anak memang xdapat disangkal....
pertalian yang sememangnya daripada setiap darah yang mengalir dalam tubuhku adalah sama dengan darah seorang ibu yang penuh perasaan kasih dan sayang kepada anaknya...
aku bersyukur padamu ya allah kerana mengurniakan seorang ibu yang sederhana perwatakannya tapi tinggi wataknya dari dalam hati nurani yang bersih...
ibu yang jarang sekali menunjukkan perasaan mengeluh, benci, marah, menitiskan air mata untuk anaknya..sedangkan air mata seorang ibu mahal harganya...
ya allah...ampunkan dosaku terhadap kedua ibu bapaku..sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang lemah lagi hina..fitrah manusia yang pelupa, sering mengulangi kesilapan yang sama, susah untuk menerima teguran, susah untuk berubah kepada yang lebih baik selagi tidak menghadapi musibah dia xkan sedar...sedarlha wahai khalifah di muka bumi ini akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh penciptanya agar agama ALLAH tertegak...jalankanlah dakwah disamping menuntut ilmu, mengkaji dan mentafsir....semuanya berlandaskan AL-QURAN dan AL-SUNNAH sebagai garis panduan sepanjang zaman...

hari ini rinduku pada ibu semakin menebal..ntahla..xtau kenapa..lma x jumpa kot..da call tapi stay xhilang lagi..emmm cpat r cuti raye ni..nk balik umah..tapi aku maybe ke s.alam dulu..t ikut abang naik keta balik ke kelantan..INSYA ALLAH semoga dipermudahkan..sabar ye sang hati..
lau call mak, confm mak akan tanya duit ada lagi ke x, makan minum macam mana, kesihatan macam mana, baru masuk bab study ckit..ish2 sayang betul mak ni..serba salah dibuatnya..
apabila mak risau sangat kat anak dia...ayat mak aper (da xde depan mata, mestilah risau..dahla ko 2 anak perempuan)...segala pesanan n ajaran mak kukuh tersemat di hati..
mak doakan k.chik yer...
wallahua'lam
Tuesday, August 10, 2010
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...
kedatangan bulan RAMADHAN y penuh barakah dinantikan..
alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pa tahun ini...
YA ALLAH peliharalah aku dari segala maksiat dan kemungkaran...sama ada y nyata atau sembunyi..YA ALLAH kuatkan semangatku dalam menghadapi segala godaan dan jolokan hawa nafsu..sesungguhnya inilah halangan y hebat di bulan mulia ini...
walaupun syaitan dibelenggu tapi jihad meghalang hawa nafsu bukan mudah...
setting amalan n niat dengan sempurna biar istiqamah...tiada y mengeluh tanpa usaha yang berterusan..rawat hati y sentiasa berubah-ubah..tetapkan iman di dada n hati..
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183
Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan
1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.
salam ramadhan untuk:
-ma dan abah serta semua ahli keluarga tersayang (mek sekeluarga ,p.ngah sekeluarga ,k.long,a.ngah sekeluarga,a.de,a.leh sekeluarga,kakak,a.mat,a.ba,a.chik n adik..
-sahabat2 yang disayangi dan dirindui walau dimana berada
-saudara-mara y jauh n dekat
-cikgu2 smkam, pensyarah2 uitm pinang, rakan2 smkam
-serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia..
semoga puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya...
ameen
Friday, August 6, 2010
Akademi Al-Quran musim ke-4
AQ4 final adalah pada 6hb ogos...debaran finalis2 hebat ni semakin rancak..
dalam hati sape y tau....mesti mcm nk keluar jantung gamaknya...
mlm ni pun ada persembahan daripada UNIQ...halwa telinga dan hati..bait2 nasyid yang mngasyikkan n membuai rasa...

Hadiah menarik turut disediakan untuk pemenang. Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah :
Juara Akademi Al-Quran 4
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
• Wang tunai berjumlah RM30,000 daripada TV9.
• Pakej umrah tajaan Irna Yakin Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
Naib Juara Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM15,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
Pemenang Ketiga Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Mutiara Jati Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
Pemenang Keempat Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM2,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd









