Powered By Blogger

Tuesday, September 27, 2011

Bersediakah Anda Menjadi Suami?

Kebiasaan masyarakat kita apabila disebut persediaan menjadi suami, mereka menyangka ia adalah memiliki sijil pengajian tinggi, paling kurang diploma. Telah memiliki kerjaya dengan gaji bulanan minima RM2500, diikuti dengan sebuah rumah dan kereta.



Tidak ketinggalan, wang tunai berjumlah RM30,000 untuk urusan perkahwinan seperti duit hantaran, dulang-dulang hantaran, cincin dan belanja kenduri kahwin. Jika seorang lelaki belum memiliki semua ini, dia belum layak untuk bergelar suami.



Namun dalam Islam, ukuran persediaan untuk menjadi suami bukanlah seperti di atas.



Persediaan untuk menjadi suami lebih tertumpu kepada kualiti lelaki tersebut dan inilah yang akan diperincikan di sini.



KEPIMPINAN



Persediaan terpenting ialah bakal suami perlu mengetahui bahawa dia memiliki tanggungjawab sebagai pemimpin ke atas keluarganya.



Allah berfirman:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan." - [al-Nisa' 4:34]



Sebagai pemimpin, bakal suami hendaklah memiliki ilmu rumahtangga, akhlak yang menterjemah teori kepada praktikal, disiplin yang tinggi serta wawasan yang luas.



Jika sebelum ini pernah menjadi pemimpin, seperti pemimpin kelab, persatuan, rombongan atau jabatan, maka ia adalah pengalaman yang boleh dikembangkan dalam kepimpinan rumahtangga.



Bagi yang belum pernah, maka alam rumahtangga adalah suasana yang baik untuk mula melatih diri menjadi pemimpin.



Terasa sukar? Jangan bimbang. Lantiklah isteri anda menjadi timbalan pemimpin untuk bersama-sama saling membantu mengemudi bahtera rumahtangga.



Di sini perlu diingatkan bahawa kepimpinan anda sentiasa dicatit markahnya oleh malaikat di bahu kanan dan kiri. Oleh itu berwaspadalah, jangan menjadi pemimpin yang ego dan zalim. Setiap langkah dan ciri kepimpinan anda akan dipersoalkan semula oleh Allah pada Hari Akhirat kelak.



KETEGASAN



Lanjutan dari ciri seorang pemimpin, bakal suami hendaklah tegas dalam membimbing isteri. Kelak apabila dianugerahkan cahaya mata, suami juga hendaklah tegas dalam membimbing anak-anak.



Allah mengingatkan:



"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." - [al-Taghabun 64:14]



Oleh itu dalam institusi perkahwinan, suami adalah pemimpin dan bukan yang dipimpin, penjaga dan bukannya dijaga serta pengawal dan bukannya dikawal. Namun ketegasan bukanlah bererti bengis dan menakutkan, sebaliknya hendaklah bersikap memaafkan dan tidak marahkan mereka serta mengampunkan kesalahan mereka.



PEMELIHARA DARI API NERAKA



Suami merupakan pemelihara agar ahli keluarga tidak masuk ke dalam api neraka.



Firman Allah:



"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." - [al-Tahrim 66:06]



Justeru anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama dan seterusnya mendidik ahli keluarga serta memastikan mereka mempraktikannya. Lebih penting, anda hendaklah paling kehadapan dalam mempraktikkan ilmu-ilmu agama tersebut. Jangan sekadar menyuruh ahli keluarga mendirikan solat tetapi anda tidak solat, jangan sekadar menyuruh ahli keluarga menutup aurat tetapi anda mendedahkan aurat.



Allah memberi amaran:



"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." - [al-Saff 61:2-3]



MEMBERI NAFKAH



Termasuk persediaan menjadi suami ialah kesedaran bahawa anda merupakan sumber kewangan rumahtangga. Justeru anda bertanggungjawab menyediakan nafkah tempat tinggal, keperluan asas dalam tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman kepada ahli keluarganya. Anda juga bertanggungjawab ke atas kesihatan dan perubatan ahli keluarga seandainya mereka jatuh sakit.



Meskipun nafkah rumahtangga berada di atas bahu suami, ini tidaklah bererti suami mesti memiliki pendapat minima yang tertentu jumlahnya. Setiap suami memiliki kemampuan kewangan yang berbeza dan setiap suami berbelanja untuk ahli keluarganya pada kadar kemampuannya. Tidak ada nilai minimum atau maksimum untuk kadar nafkah ini.



Allah berfirman:



"Hendaklah orang (suami) yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu)." - [al-Thalaq 65:07]




Demikianlah beberapa kualiti yang perlu ada pada seorang lelaki untuk dia menjadi seorang suami. Perhatikan bahawa kualiti-kualiti ini tidak ada ukuran minimum dan maksimum atau batasan tertentu bagi menentukan layak atau tidak.



Ia adalah kualiti yang nilainya relatif, ia akan bertambah apabila anda berusaha untuk memperbaikinya dan akan berkurang apabila anda mengabaikannya.



Justeru, lelaki yang sudah bersedia menjadi suami ialah lelaki yang mengetahui kualiti-kualiti ini, memilikinya dan berazam untuk terus memperbaikinya.





Friday, March 25, 2011

30 pesanan IMAM SYAFIE

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum w.r.t..

Alhamdulillah,bersyukur masih diberi peluang merasai nikmat yang tidak terhitung iaitu nikmat yang paling utama, nikmat Iman dan Islam..subhanallah..aku bersyukur padaMU YA ALLAH..ENGKAU LEBIH MENGETAHUI HAKIKAT SEBENAR DIRI YANG LEMAH DAN DHAIF ini.

untuk post kali ni, saya nk berkongsi pesanan daripada seorang pejuang kebenaran dan seorang ulama terbilang iaitu Imam Muhamad b Idris(Imam Syafie). Imam Syafie berpesan:

1. tuntutlah ilmu sbyk mungkin krn ia dpt menjaga n membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. perbanyakkan menyebut Allah drpd menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat drpd menyebut dunia
3. pilihlah mknn y halal krn ia menjamin kshtn dan menyebbkan syaitan gerun.
4. sabar menghadapi musibah adlh sbsr2 erti sabar dmana sabar itu memerlukan kesabaran pula
5. apbl salah seorg ntara kaum kerabat ataupun jiran n saudara sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya krn ia disaksikan oleh malaikat n dicintai Allah
6. marah adlh salah satu ntara panah2 syaitan y mengandungi racun. oleh itu, hindarilah ia spy kamu dpt menewaskan syaitan n bala tenteranya.
7. kasihanilah anak yatim krn Rasulullah jg t'golong sbg anak yatim n baginda akn b'sama2 dgn org y menyayangi n mengasihi ank2 yatim di akhirat.
8. b'buat baik n tunjukkan bakti kpd ibu bapa tanpa mengenali letih n lelah sebagaimn mrk berbuat bgitu spnjg hayat mereka. ia dpt menambah keberkatan pd umur, mnmbah rezeki n keampunan atas dosa2 kamu.
9. banyakkanlah amal soleh krn ia adlah pendinding n perisai org mukmin dan pelindung drpd serangan iblis.
10. taqwa adlh pakaian kebesaran d hiasan akhlak Muslim. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan n kemenangan.





tinta pena ~ saya baru habis khatam buku Imam Syafie hasil tulisan seorg penulis Sejarah No. 1 Malaysia(ABDUL LATIP TALIB) n igin berkongsi apa y saya dapat dalm buku tersebut. lagi 20 nasihat will be comming soon..sabo jer..

Wednesday, February 23, 2011

Konsep Zuhud Yang Sebenar

Apabila disebut zuhud, orang terus memvisualkan keadaan yang miskin, susah, compang-camping. Ini adalah satu tanggapan yang salah. Hakikatnya zuhud itu konsepnya ialah manusia itu jiwanya mengawal dan bukannya dikawal oleh wang atau harta. Kerana itu masih ramai yang keliru apabila zuhud itu disebut dalam Islam tetapi pada masa yang sama orang Islam digesa mencari kekayaan dan kekuatan ekonomi.

Tidak salah mempunyai rumah yang besar, kereta yang mahal serta berkualiti serta harta yang melimpah ruah. Itu adalah yang terbaik apabila umat Islam mempunyai kuasa beli yang kuat untuk berbuat sesuatu. Bagaimanakah anda boleh membantu dan bersedekah sekiranya anda sendiri perlu dibantu dari segi ekonomi?

Tahukah anda Rasulullah menggunakan kuda perang yang terbaik dari baka Arab. Kalau kita bandingkan kuda itu dengan kenderaan sekarang ia seperti tahap kereta Ferrari dan Bentley. Malah Rasulullah mengarahkan supaya baka tersebut dikawal supaya ia tidak keluar dari tanah arab. Ia adalah supaya teknologi baka itu dikuasai oleh orang Islam.

Definisi Mencari Kekayaan Dalam Islam Dan Memanfaatkannya

Masalahnya sekarang ia definisi dan persepsi tentang kekayaan. Apabila hari ini anda jelas mengenai zuhud, maka anda faham bahawa mencari kekayaan itu perlu tetapi tunduk kepada kekayaan itu adalah salah. Tunduk kepada kekayaan disini bermaksud, manusia sanggup mengabaikan perintah Allah demi kekayaan. Manusia menjadi ujub dan takbur dengan kekayaan. Disinilah konsep zuhud dalam kekayaan itu telah hilang.

Kerana itulah juga agama dianggap sesuatu yang murah. Menghantar anak mengaji Al-Quran dengan RM40 masih dikatakan orang mahal tetapi kelas tuisyen dengan RM40 satu subjek dikatakan keperluan. Bukankah islam telah menerangkan tentang wasatiah iaitu keseimbangan ilmu dunia dan akhirat untuk kesejahteraan hidup? Jadi mengapa ada 'double standard' di situ?

Adakah Ilmu Agama Itu 2nd Class?

Ilmu agama tidak banyak membantu dalam kerjaya dan kehidupan? Anda silap. Ini adalah kerana anda tidak banyak mengkaji betapa ilmu spiritual begitu banyak membantu organisasi dan kehidupan manusia. Mengapa diseluruh dunia, organisasi menghabiskan berbilion dolar untuk program latihan berbentuk spiritual seperti pembangunan diri, pembangunan kerja kumpulan dan kepimpinan? Tahukah anda itu adalah cabang spiritual yang asalnya diambil dari ilmu keagamaan?

Jika kita merujuk teori Sigmund Freud tentang minda sedar dan separa sedar, ia adalah perkara berkaitan psikologi. Di dalam surah Al-Baqarah, Allah telah berfirman untuk kita mempercayai perkara ghaib. Ghaib disini bermaksud spiritual yakni agama. Begitu juga di dalam Al-Quran ada menyebut tentang peranan hati yang mana rosak atau baiknya hati ini, akan menentukan kejayaan seseorang. Jose Silva, salah seorang yang berpengaruh yang mana teori pembangunan mindanya begitu menekankan aspek spiritual dan diperkayakan oleh syarikat latihan seluruh dunia membangunkan modul. Kerana itu mereka yang terlalu ultra menggunakan konsep logik gagal memperoleh satu keputusan yang terbaik apabila mengabaikan perkara spiritual.

Kefahaman Zuhud Yang Sebenar Serta Hikmah Kepada Ummah

Apakah kaitan spiritual dan zuhud dalam perbincangan kita ini? Ianya sangat berkait rapat. Mengapa ramai yang berzuhud agak kurang membuat harta? Kerana mereka takut tidak dapat mengawal harta sebaliknya harta mengawal mereka. Mereka takutkan kerosakan yang boleh membawa mereka kepada kesesatan.Itulah jua maksud zuhud yang sebenar iaitu mengelak atau meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya walaupun mampu untuk memperolehnya.

Kerana itulah, seorang manusia harus membekalkan diri dengan bekalan spiritual yang cukup bagi menemui kejayaan kehidupan. Kita terlalu digula-gulakan tentang kejayaan berdasarkan nombor dan wang ringgit tetapi akhirnya masih ada kegagalan. Kerana itu ramai hartawan dunia dilaporkan mati dibunuh dan membunuh diri. Mereka tidak mampu untuk mengelak dan meninggalkankan dunia tetapi akhirnya mereka meninggalkan jua semua itu dalam keadan yang menyedihkan. Bagaimana seseorang yang tidak membekalkan diri dengan kemampuan mengawal boleh mengawal sesuatu?

Fahamilah konsep zuhud dengan sebenar, maka insyallah kita akan menjadi insan yang amat berguna untuk diri sendiri, orang disekeliling serta masyarakat. Sudah tentulah juga kita mampu menjadi orang yang berguna dan mampu berbakti kepada agama seperti Abu Bakar As-Siddiq serta Abdur Rahman Auf yang mampu menginfaqkan harta mereka.

Tuesday, February 15, 2011

sepi + sepi + sepi = go!

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

salam w.r.t...

sedey gak tgok blog aku ni..da lame sgt xberedit..sori la bro, kekangan masa y mengekang (ye ke! lagi2 alasan!)..2la..blog ni da makin parah n serius habaq mai..duk tajuk y sama lagi..
ade gak shbt aku tegur, nape blog 2 xder y baru weh, ko ni...hangat2 tahi ayam tulla..b4 dis katanya nak menulis..cubalah tunjuk bakat 2..



aku pikir balik, ada ker bakat 2..confuse pun ada gak..kuikuikui..xpe22, eden cubo laie..kot2 ada idea y datang mencurah2 ke ladang gandum, jadila coco crunch...haishh (",)

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL aku titipkan buat muslimin dan muslimat walau di mana kalian berada..bersama2 kita menghayati dan memperingati perjuangan nabi kita dalam menegakkan ISLAM sehingga mencapai kegemilangannya suatu ketika dulu..




sebagai khalifah di muka bumi ALLAH S.W.T, menjadi tanggungjawab kita untuk menyambung perjuangan baginda dalam menegakkan daulah islamiah dan meletakkan diri kita dalam mata rantai perjuangan..kembalilah kita kepada sejarah perjuangan baginda dan jadilah sejarah tersebut sebagai pembakar semangat dalam mengharungi cabaran dan ujian dalam era dunia yang penuh dengan godaan dan fitnah..masya ALLAH...

dalam 40 hadith akhir zaman, baginda berpesan kepada umatnya, di mana taqwa dan perpaduan asas keselamatan di akhir zaman....

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)


inti pati hadis tersebut boleh kita hayati dan fahami seterusnya jadikan panduana dan bekalan dalam kehidupan di dunia yang penuh mencabar hari ini, setiap saat, setiap ketika ada sahaja masalah2 sosial berlaku dalam masyarakat, bahkan semakin meningkat dari sehari ke sehari..astaghfirullahal'azim..ape berlaku dengan manusia zaman sekarang ni ? mengapa tidak jadikan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH sebagai panduan hidup?? mengapa AGAMA ISLAM diperlekehkan ?? YA ALLAH, kembalikanlah mereka ke jalan kebenaran, teguhkanlah iman kami, jauhkanlah kami dari fitnah dunia...AMEN YA RABBAL 'ALAMIN








wassalam....