Powered By Blogger

Tuesday, August 17, 2010

sayang mak***


kasih dan sayang seorang ibu dan anak memang xdapat disangkal....
pertalian yang sememangnya daripada setiap darah yang mengalir dalam tubuhku adalah sama dengan darah seorang ibu yang penuh perasaan kasih dan sayang kepada anaknya...
aku bersyukur padamu ya allah kerana mengurniakan seorang ibu yang sederhana perwatakannya tapi tinggi wataknya dari dalam hati nurani yang bersih...
ibu yang jarang sekali menunjukkan perasaan mengeluh, benci, marah, menitiskan air mata untuk anaknya..sedangkan air mata seorang ibu mahal harganya...

ya allah...ampunkan dosaku terhadap kedua ibu bapaku..sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang lemah lagi hina..fitrah manusia yang pelupa, sering mengulangi kesilapan yang sama, susah untuk menerima teguran, susah untuk berubah kepada yang lebih baik selagi tidak menghadapi musibah dia xkan sedar...sedarlha wahai khalifah di muka bumi ini akan tanggungjawab yang diamanahkan oleh penciptanya agar agama ALLAH tertegak...jalankanlah dakwah disamping menuntut ilmu, mengkaji dan mentafsir....semuanya berlandaskan AL-QURAN dan AL-SUNNAH sebagai garis panduan sepanjang zaman...


hari ini rinduku pada ibu semakin menebal..ntahla..xtau kenapa..lma x jumpa kot..da call tapi stay xhilang lagi..emmm cpat r cuti raye ni..nk balik umah..tapi aku maybe ke s.alam dulu..t ikut abang naik keta balik ke kelantan..INSYA ALLAH semoga dipermudahkan..sabar ye sang hati..

lau call mak, confm mak akan tanya duit ada lagi ke x, makan minum macam mana, kesihatan macam mana, baru masuk bab study ckit..ish2 sayang betul mak ni..serba salah dibuatnya..
apabila mak risau sangat kat anak dia...ayat mak aper (da xde depan mata, mestilah risau..dahla ko 2 anak perempuan)...segala pesanan n ajaran mak kukuh tersemat di hati..
mak doakan k.chik yer...



sayang mak...
wallahua'lam

Tuesday, August 10, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...




kedatangan bulan RAMADHAN y penuh barakah dinantikan..

alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pa tahun ini...
YA ALLAH peliharalah aku dari segala maksiat dan kemungkaran...sama ada y nyata atau sembunyi..YA ALLAH kuatkan semangatku dalam menghadapi segala godaan dan jolokan hawa nafsu..sesungguhnya inilah halangan y hebat di bulan mulia ini...
walaupun syaitan dibelenggu tapi jihad meghalang hawa nafsu bukan mudah...
setting amalan n niat dengan sempurna biar istiqamah...tiada y mengeluh tanpa usaha yang berterusan..rawat hati y sentiasa berubah-ubah..tetapkan iman di dada n hati..






"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa." Al-Baqarah 183


Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang bakal kita lalui nanti. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.







salam ramadhan untuk:
-ma dan abah serta semua ahli keluarga tersayang (mek sekeluarga ,p.ngah sekeluarga ,k.long,a.ngah sekeluarga,a.de,a.leh sekeluarga,kakak,a.mat,a.ba,a.chik n adik..
-sahabat2 yang disayangi dan dirindui walau dimana berada
-saudara-mara y jauh n dekat
-cikgu2 smkam, pensyarah2 uitm pinang, rakan2 smkam
-serta muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

semoga puasa tahun ini lebih baik daripada sebelumnya...
ameen

Friday, August 6, 2010

Akademi Al-Quran musim ke-4

Empat finalis bertuah yang berjaya meneruskan perjuangan untuk bergelar Qari dan mara ke peringkat akhir AQ4 adalah Husni bin Ali Hassan (25 tahun), Muhammad Ahmad Zahid (15 tahun) dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali (25 tahun) dan Yahya Ali (23 tahun)

AQ4 final adalah pada 6hb ogos...debaran finalis2 hebat ni semakin rancak..
dalam hati sape y tau....mesti mcm nk keluar jantung gamaknya...
mlm ni pun ada persembahan daripada UNIQ...halwa telinga dan hati..bait2 nasyid yang mngasyikkan n membuai rasa...






Hadiah menarik turut disediakan untuk pemenang. Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah :
Juara Akademi Al-Quran 4
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
• Wang tunai berjumlah RM30,000 daripada TV9.
• Pakej umrah tajaan Irna Yakin Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd

Naib Juara Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM15,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.

Pemenang Ketiga Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Mutiara Jati Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.

Pemenang Keempat Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM2,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd

Tuesday, August 3, 2010

Specialist Ipoh

tut..tut..last week dpt call dari kakakku kat s.alam..kakak bgtau abang (a.leh) kat manjung dikejarkan ke hospital ipoh..terkejut mendengarnya (nape lak ni..) (emergency)



berat badan turun 13kg secara mendadak...(a.leh penat sangat katanya, xlalu makan)
ish2 bahaya jugak lau xmakan ni..so, jgnla nak diet xtentu pasal..
tapi kes abang penulis ni bukn nk diet tapi mmg xlalu makan, badan lemah..(busy sangat kot)
lebih kurg 4 hari gak r ditahan kat specialist ipoh, ma n abah pun datang gak dari kelantan
mak, abah risau sangat kat anak dia..(mybe a.leh jrg sakit ni..tup2 da masuk spital)

semuanya da tertulis, kadang2 kita rasa sihat..tapi kita xtau sebenarnya kita stess..
jagala kesihatan,, ajal maut memang xdiduga tapi bilamana tubuh badan sihat ni kita sentiasalah bersyukur atas nikmat kurniaanNYA...

Allahumma, sihatkanlah badan kami, Allahumma, sihatkanlah pendengaran kami, Allahumma, sihatkanlah penglihatan kami....AMEEN...




ALHAMDULILLAH..a.leh da bertambah sihat..YA ALLAH berilah kesihatan y baik untu keluargaku, sahabat2ku, pensyarah2ku serta umat islam di seluruh dunia...limpahilah lembayung rahmatMU YA ALLAH semoga semua urusan kami dipermudahkan..




hari ni k.dah (kak ipar) attach gambar a.leh kat specialist n ahmad bukhari (ank saudara) pun ada skali..




t k.chik nk datang kat s.alam..semoga diberi kesempatan sblom balik bercuti HARI RAYA PUASA kat kampung halaman (kg. kubang kiat, ketereh)...

k wassalamm...